KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH ( LEAKKHA NAIR )
PENDAHULUAN Menyelesaikan masalah adalah satu proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan tersebut. Ini juga boleh menjadi cabaran kepada seseorang dan kejayaan menyelesaikan masalah boleh membawa keseronokkan. Ia juga memerlukan seseorang berfikir secara kritis dan kreatif. OBJEKTIF Dalam menyelesaikan masalah ini terdapat tiga komponen iaitu : Membuat penyelesaian yang terbaik Perlu ada beberapa pilihan Mempertimbangkan kesan akibat JENIS-JENIS BERFIKIR KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF kecekapan menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea serta mencipta sesuatu baharu, asli, luar biasa, pelbagai dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau