KEMAHIRAN KOMUNIKASI ( GANENTHIRAN )

PENDAHULUAN 
Sepanjang menjalani kehidupan sebagai seorang manusia, kita tidak lari daripada berkomunikasi dengan orang lain. Gaya kita berkomunikasi secara tidak langsung mempamerkan siapa diri kita sebenarnya. Cara berkomunikasi ini tidak terhad kepada verbal iaitu lisan sahaja. Sebenarnya komunikasi secara non-verbal juga tergolong dalam teknik komunikasi. Oleh sebab itu kita dapat memahami bahasa badan. Komunikasi secara positif akan mewujudkan iklim komunikasi yang ceria dan harmoni kerana mematuhi etika komunikasi yang baik. Sebagai bakal guru tidak lari daripada berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang ramai.

DEFINISI KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Guffey dan Almonte mentakrifkan maksud komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak (pengantar) kepada pihak yang lain (penerima). Menurut sarjana ini, dalam sesuatu proses komunikasi akan melibatkan lima langkah, iaitu:
  • Pengirim membentuk idea
  • Pengirim merekodkan idea tersebut dalam satu mesej
  • Mesej akan melalui saluran komunikasi
  • Penerima merekodkan mesej tersebut
  • Maklum balas dihantar kepada pengirim







BIDANG-BIDANG KOMUNIKASI
Terdapat lima bidang dalam komunikasi ini iaitu Intrapersonal (diri), Interpersonal (antara individu), kumpulan kerja, awam dan komunikasi massa.
  1. Intrapersonal (diri)
    • Komunikasi ini berlaku di dalam diri sendiri. Seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu perkara sebenarnya ia sedang dalam proses berkomunikasi dengan dirinya. Kita boleh dapat melihat komunikasi ini apabila individu bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat.
  2. Interpersonal (antara individu)
    • Komunikasi ini lebih dikenali sebagai komunikasi antara individu serta ini merupakan proses komunikasi yang melibatkan dua orang atau lebih daripada itu. Ia bersifat terus iaitu bersemuka tanpa menggunakan sebarang perantaraan atau saluran tertentu. Komunikasi Interpersonal ini berlaku dalam keadaan yang tidak formal dan bersahaja.
  3. Kumpulan Kerja
    • Komunikasi kumpulan kerja ini boleh dikaitkan dengan senario mesyuarat dimana ia berperanan membuat keputusan dan dipatuhi oleh semua ahli secara formal dan tidak berformal.
  4. Awam
    • Dikenali sebagai pengucapan awam. Ini lebih kepada seorang akan memberi ucapan kepada ramai orang serta memberi ucapan di khalayak ramai.
  5. Komunikasi Massa
    • Media Massa memainkan peranan untuk sebarkan maklumat umum dengan menggunakan samada media cetak dan elektronik seperti akhbar, majalah, radio, televisyen, internet, komputer riba, buku dan sebagainya. Komunikasi ini dibentuk sehala dan jika berlaku tindakbalas ia mengambil masa dan tidak sepantas interpersonal.

ELEMEN-ELEMEN KOMUNIKASI
Penyampai merujuk pada individu yang menunjukkan perlakuan berkomunikasi dan itu merupakan perlakuan lisan dan bukan lisan. Penerima merupakan individu yang memahami maksud yang disamapaikan oleh penyampai maklumat. Maklumat adalah maksud, fakta, niat yang difahami oleh penerima maklumat. Maklum balas ialah perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesej sebagai tindak balas mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej. Konteks merupakan keadaan menyampaikan mesej daripada pemberi, mesej kepada penerima mesej. Saluran adalah media penyampai maklumat dan pemberi mesej kepada penerima mesej. Terdapat dua saluran : 
  • saluran paling asas : pendengaran dan penglihatan
  • saluran-saluran tambahan : media elektronik, lukisan di kanvas
KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISAN
Komunikasi lisan berlaku apabila terdapat dua atau tiga komunikator duduk secara bersemuka atau dalam peristiwa bahasa seperti perbualan dalam telefon, atau tele-sidang.
  • Komunikasi lisan
    • bermaksud boleh dinyatakan dengan suara dan penggunaan perkataan. Ia juga dapat menentukan bila bermula dan berakhir.
  • Komunikasi bukan lisan
    • berlaku tanpa menggunakan sebarang perkataan dimana kandungan boleh menunjukkan maksud yang tersirat. Ini merupakan sukar untuk dipastikan bila berakhir kerana mungkin tersembunyi.
KESIMPULAN
Komunikasi adalah penting dalam kehidupan seharian manusia untuk berhubung dan melaksanakan sesuatu tugas. Komunikasi yang berkesan dapat mengekalkan persahabatan dan perhubungan yang baik.


Comments

Popular Posts