KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH ( LEAKKHA NAIR )
PENDAHULUAN
Menyelesaikan masalah adalah satu proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan tersebut. Ini juga boleh menjadi cabaran kepada seseorang dan kejayaan menyelesaikan masalah boleh membawa keseronokkan. Ia juga memerlukan seseorang berfikir secara kritis dan kreatif.
OBJEKTIF
Dalam menyelesaikan masalah ini terdapat tiga komponen iaitu :
- Membuat penyelesaian yang terbaik
- Perlu ada beberapa pilihan
- Mempertimbangkan kesan akibat
JENIS-JENIS BERFIKIR
- KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS
- ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.
- KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF
- kecekapan menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea serta mencipta sesuatu baharu, asli, luar biasa, pelbagai dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan serta menerokai dan mencari makna, pemahaman dan penyelesaian masalah yang inovatif.
- Kenal pasti masalah yang dihadapi
- Sebagai individu yang berfikir rasional kita harus cari sebab-sebab timbulnya masalah dengan meneliti keadaan pada masa tersebut serta cari tujuan dan sebab masalah itu perlu diselesaikan. Seterusnya, kita juga harus cari masalah yang sebenarnya dengan menfokuskan isu yang penting.
- Fikirkan dan senaraikan kemungkinan-kemungkinan penyelesaian masalah
- Kita juga harus fikir punca masalah berlaku dan senarai atau menulis kemungkinan bagi menyelesaikan masalah.
- Teliti kemungkinan-kemungkinan kesan dan akibat
- Individu harus meneliti kemungkinan kesan dan akibat sekiranya cadangan penyelesaian tersebut dilaksanakan dengan melihat kesan dan akibat yang penting dan pilih penyelesaian yang terbaik berdasarkan maklumat-maklumat di atas.
Terdapat tiga proses rasional-deduktif secara logik dalam penyelesaian masalah iaitu :
- Mengenalpasti dan memahami premis masalah
- tanpa mengetahui kedudukan persoalannya yang sebenar, sampai bilapun tidak akan sampai kepada penyelesaian
- Mencari sebab atau punca masalah
- mengenal punca sebenar dapat membantu kita untuk menyelesakan masalah tanpa sia-siakan masa
- Menilai cara-cara penyelesaian
- memilih cara-cara terbaik dan paling berkesan dengan menilai baik-buruk dan betul-salah secara kritikal.
- Membuat kesimpulan
- proses ini dibuat untuk mengesahkan relevan atas tersebut.
FAEDAH MENYELESAIKAN MASALAH
Jika kita meniliti secara dalam, kita dapat menyelesaikan masalah secara rasional dan objektif. Ini juga akan dapat kita mengamalkan sistematik dalm proses menyelesaikan masalah dan juga dapat memantapkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Akhirnya, ia juga akan dapat meningkatkan keyakinan diri dalam menyelesaikan masalahnya.
Comments
Post a Comment